Kembali Semula Ke Produk Jualan

Testimonial Daripada Pengguna

Kes :
Sakit Tairod Pada Leher



Nama :
Anuar Bin Salim

Alamat :
Kampung Sungai Limau,
Sungai Besar, Selangor

No. Telefon :
013-2410172

Saya pernah menghadapi sakit tiroid dan baru saja selamat melakukan pembedahan, setelah dibenarkan pulang saya mengalami kegatalan dileher tatkala berpeluh, saya juga sukar untuk menelan makanan kerana kegatalan turut menyerang anak tekak saya.

Pada mulanya saya menyangkakan itu adalah kesan positif pembedahan, apabila kegatalan tidak berkurangan saya mula tertanya-tanya adakah saya sendiri yang tidak mengikut saranan doktor.

Akibat kegatalan yang berterusan walaupun telah mengikut nasihat pakar, saya mendapatkan produk Bio-Asli iaitu Minyak Kelapa Dara + Habbatus Sauda yang dengarnya amat baik untuk kesihatan dalaman mahupun luaran selepas minum produk ini sebanyak 2 kali sehari dan menyapu sedikit di kawasan yang bermasalah, kegatalan dileher saya semakin berkurangan dan lama kelamaan ianya pulih, malahan saya menjadi lebih bertenaga. Kini saya merupakan salah seorang pembeli bulanan yang setia.


Kes :
Badan Rasa Lemah Jadi Cergas




Nama :
Tukiran Bin Rahani

Alamat :
Simpang Empat B.N.O
45200 Sabak Bernam, Selangor

No. Telefon :
019-3918278

Saya adalah seorang krew produksi perfileman tempatan, dan penglibatan saya dalam industri tersebut kini telah mencapai belasan tahun. Memandangkan tugas sebagai krew dan jadual penggambaran yang agak padat, saya selalu keletihan, kekurangan tenaga dan sering kehilangan tumpuan.

Saya mengambil beberapa produk jenama lain sebelum cuba menggunakan produk Minyak Kelapa Dara Bio-Asli ini. Hasilnya menakjubkan selepas mencuba Minyak Kelapa Dara Bio-Asli, saya dapat rasakan bahawa semua gejala yang saya alami semakin berkurangan. Bada terasa ringan dan pergerakan  rasa lebih selesa. Paling mengembirakan ada tanda-tanda berat badan saya semakin berkurangan. Kini saya sebagaimana juga pengguna lain sebelum ini yakin bahawa Minyak Kelapa Dara Bio-Asli sesuai dan serasi dengan saya. InsyaAllah saya tidak akan berubah arah kepada produk lain.


Kes :
Sakit-Sakit Badan Dan Sendi

Projek Khas :
Menguji Khasiat & Keupayaan Penyembuhan Produk Bio-Asli

Produk Ujian :
Minyak Kelapa Dara + Habbatus Sauda




Penerima Rawatan :
Mashoad Bin Mohamed

Alamat :
No. 4, Jalan Haji Shukur,
PPRT Sungai Tengar Utara,
45100 Sungai Air Tawar,
Sabak Bernam, Selangor

Bekerja di kebun kelapa dengan berbagai tugas sejak dari usia remaja. Semenjak enam tahun terakhir ini, beliau bersama dengan isteri membuka industri kecil (membuat biskut) untuk musim-musim perayaan, disamping masih lagi melakukan kerja-kerja di kebun kelapa.

Sekitar tahun 2006, beliau mengalami sedikit masalah kesihatan, cepat letih dan kurang bermaya untuk bekerja di kebun. Di waktu tertentu beliau terpaksa tidak pergi ke kebun kerana tidak bertenaga dan hilang semangat . Dengan umur beliau yang kian meningkat, beliau pada mulanya beranggapan bahawa masalah tersebut adalah gejala peningkatan usia tua. Banyak jenis ubat yangtelah dicuba. Akhirnya beliau mencuba Minyak Kelapa Dara + Habbatus Sauda, Bio-Asli.

Sesuatu yang agak memeranjatkan, pada minggu pertama memakan Minyak Kelapa Dara + Habbatus Sauda, beliau mengalami pendarahan semasa membuang air besar. Bagaimanapun beliau masih meneruskan memakan minyak berkenaan, botol pertama. Dalam minggu kedua, pendarahan tidak berlaku lagi. Apa yang mengembirakan  beliau, tenaga dan semangat beliau kembali datang dan beliau mampu bekerja kuat di kebun dengan waktu yang panjang.


Kes :
Kurang Selera Makan Dan Badan Terasa Lemah




Nama :
Ustaz Samsudin Bin Hj Sakawi @ Hj Abd Hamid

Alamat :
No.55, Batu 61 Sungai Lias,
45300 Sungai Besar, Selangor


Dalam usia mencecah 60-an beliau mengalami masalah sakit dada @ kesukaran untuk bernafas. Beliau juga sering pengsan dan pitam. Akibat daripada kejadian pitam dan kesukaran bernafas yang berulang kali, beliau mengambil keputusan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). Keputusan pemeriksaan mengesahkan bahawa beliau sebenarnya menghadapi penyakit lemah jantung iaitu kegagalan jantung berfungsi dengan baik kerana urat di sistem jantung bermasalah. Empat urat utama iaitu superior vena cava, inferior vena cava, pulmonary atery & pulmonary vein telah tepu. Buat makluman anda setiap urat ini bersambung dengan injap sabit, injap trikuspid & injap bikuspid. Kegagalan urat untuk berfungsi akan menyukarkan pengaliran darah beroksigen dan tidak beroksigen diantara jantung dan seluruh bahagian tubuh badan yang lain. Seperti yang anda sedia maklum pengaliran darah yang bersistematik adalah perlu untuk memastikan sistem badan yang lain mampu berfungsi dengan baik.

Lantaran itu, pada 22/12/2005, beliau telah menjalani pembedahan dengan mengambil urat kaki kanan bagi mengantikan 4 urat utama jantung beliau. Alhamdulillah  pembedahan  tersebut telah berjaya, makala sesak nafas dan sakit dada dapat juga diatasi. Walaubagaimanapun, keseluruhan anggota badan  beliau masih agak lemah dan pucat. Berat badan beliau sehingga bulan Oktober 2006 hanya sekitar 46kg.  Alhamdulillah setelah meminum Minyak Kelapa Dara + Habbatus Sauda, 1 sudu setiap pagi dan 1 sudu setip petang  selama 2 bulan, selera makan beliau meningkat dan badan  terasa lebih segar serta lebih bertenaga. Kini pada Februari 2007 berat badan beliau telah meningkat ke 51kg. Wajah beliau yang sebelum ini kuning pucat, bertukar lebih bermaya dan ceria.


Kes :
Ketumbuhan (Tumor) - Lipoma



Nama : Haris @ Azhar (Ahli VIP Bio-Asli)
Web Master harisbio.com

Pada bulan June tahun 2008, saya telah disahkan oleh beberapa orang Doktor bahawa saya mempunyai  sejenis ketumbuhan yang digelar 'lipoma' di bahagian belakang kepala saya. Ketumbuhan ini dikatakan tidak merbahaya namun begitu Doktor mengatakan ianya akan membesar dan perlu dibedah bagi mengeluarkan lipoma ini. Doktor memaklumkan bahawa tiada sebarang ubat yang sesuai bagi memulihkan ketumbuhan yang saya alami ini melainkan menerusi kaedah pembedahan.

Menurut Doktor Pakar Pembedahan Hospital Selayang, pembedahan yang bakal saya tempohi nanti agak berisiko tinggi kerana ia berada dibahagian belakang kepala yang  dikhuatiri terlalu dalam  dan  dikelilingi oleh urat-urat saraf penting. Sekiranya keputusan ujian ultrasound yang akan saya jalani pada penghujung bulan September nanti menyatakan ketumbuhan lipoma yang saya  alami  ini terlalu dalam, Doktor menyarankan agar saya tidak menjalani pembedahan kerana ia akan mengundang masalah yang lain pula pada diri saya.

Kemudian saya ke Hospital Kuala Lumpur  untuk mendapatkan pandangan yang kedua daripada Doktor Pakar Bedah. Beliau juga bersependapat dengan Doktor Pakar Bedah Hospital Selayang. Pembedahan ini berisiko disebabkan ketumbuhan yang saya alami ini terletak di bahagian belakang kepala. Kesilapan semasa pembedahan boleh  menyebabkan pengaliran keluar air otak dan ia akan merbahayakan diri saya. Beliau juga menyarankan sekiranya lipoma ini tidak menjejaskan  kehidupan harian saya adalah lebih baik tidak melakukan pembedahan  yang berisiko ini. Walaubagaimanapun, sekiranya saya membiarkan ketumbuhan lipoma ini tanpa pembedahan, ketumbuhan ini boleh membesar dan sudah tentu ia akan menjejaskan kehidupan saya.

Alhammdulillah, setelah saya memakan Kapsul Minyak Kelapa Dara + Habbatus Sauda untuk menguji samada produk makanan kesihatan ini berkesan terhadap ketumbuhan lipoma yang saya hadapi ini. Setelah habis memakan sebotol Kapsul Minyak Kelapa Dara + Habbatus Sauda ini dan menyapukan Minyak Kelapa Dara + Habbatus Sauda pada bahagian benjolan  lipoma , alangkah terkejutnya saya  benjolan akibat lipoma ini telah  semakin berkurangan. Sungguh menakjubkan. Saya yakin Doktor pasti akan berasa hairan bagaimana ketumbuhan lipoma saya ini semakin berkurangan.

Kini saya adalah pengguna setia produk ini sebagai makanan tambahan kesihatan yang amat berkhasiat serta berupaya menyembuhkan penyakit. Saya ingin berkongsi dengan anda tentang kehebatan produk Minyak Kelapa Dara + Habbatus Sauda dengan menjual produk ini.

" Berita terkini " hasil ujian ultrasound yang telah saya jalani pada 26hb September 2008 di Hospital Selayang, ketumbuhan 'Lipoma' yang saya alami telah tiada. Temujanji saya pada 14hb Oktober pula, Doktor berkenaan telah mengesahkan bahawa ketumbuhan 'Lipoma' saya telah pulih dan tiada lagi ketumbuhan. Ini bermakna saya tidak perlu menjalani pembedahan yang berisiko ini. Alhamdulillah.

Semoga anda juga akan mendapat manfaat yang berguna dan hasil yang menakjubkan untuk kesihatan anda, hasil daripada pemakanan "Minyak Kelapa Dara + Habbatus Sauda" ini sebagai makanan tambahan kesihatan yang mempunyai daya penyembuhan pelbagai jenis penyakit.


Anda juga sangat dialu-alukan mengirimkan testimonial kepada saya tentang pengalaman anda menggunakan produk Bio-Asli ini. 

Kembali Semula Ke Produk Jualan